Apa
itu Akupuntur?
Akupuntur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai "acupuncture point" atau titik akupuntur.
Tujuan akupuntur adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan
kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum
akupuntur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk
terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut.


No comments:
Post a Comment